Kajian rekabentuk sistem keselamatan (tali pinggang) bagi penumpang bas komersial di Semenanjung Malaysia. In: Conference Proceeding: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA2016), 26 & 27 September 2016, School of the Arts, Universiti Sains Malaysia. (In Press) (2016)
Abstract
Kajian ini bertujuan menyediakan satu penyelidikan awal terhadap kajian literasi rekabentuk sistem keselamatan (tali pinggang) di dalam bas bermula dari tahun 1994 sehingga 2015 di semenanjung Malaysia. Kajian ini memberi tumpuan terhadap kesan rekabentuk tali pinggang dan penggunaannya terhadap orang dewasa dan kanak-kanak sekolah di negara lain. Oleh itu, kajian ini perlu untuk memperbaiki tahap keselamatan dalam mencadangan reka bentuk yang sesuai bagi penumpang bas komersial di Semenanjung Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kajian kesusasteraan berdasarkan daripada kajian penyelidik yang terdahulu merangkumi kajian rekabentuk tali pinggang keledar pusingan, tali pinggang keledar bahu dan kesan penggunaan tali pinggang keledar terhadap orang dewasa dan kanak-kanak sekolah ketika kemalangan jalanraya. Kajian ini telah membuktikan rekabentuk tali pinggang keledar dapat mengurangkan kadar kematian dan kecederaan penumpang bas sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Tetapi di Malaysia, kajian rekabentuk tali pinggang keledar bagi bas komersial masih belum pernah dibuat dibuat. Kajian ini dapat menangani isu kadar kemalangan bas komersial yang kerap berlaku kebelakangan ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Seni reka bentuk industri, Rekabentuk sistem keselamatan, Bas komersial, Tali pinggang, Penumpang bas |
Taxonomy: | By Niche > Industrial Design > Planning By Niche > Industrial Design > Social Aspects |
Local Content Hub: | Niche > Industrial Design |
Depositing User: | Mohd Amin Zainol |
Date Deposited: | 12 Jun 2024 03:22 |
Last Modified: | 12 Jun 2024 03:22 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |