Pencirian rekabentuk konsep sofa ergonomik mengikut persepsi pengguna: kajian kes di Malaysia. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 3 (1): 2. pp. 31-44. ISSN 2289-4527 (2015)
Abstract
Pembangunan rekabentuk konsep sofa ergonomik adalah melibatkan daripada pelbagai ciri-ciri dan kaedah-kaedah rekabentuk. Salah satu daripada kaedah yang boleh digunakan dalam menentukan konsep rekabentuk yang paling sesuai adalah proses penambahbaikan kerusi sofa yang sediada dan menerapkan beberapa kaedah yang berkaitan ke dalam struktur pembangunan rekabentuk sofa ergonomik melalui persepsi pengguna. Untuk mencapai tujuan itu, suatu kaji selidik responden melibatkan 30 orang pengguna dilakukan untuk mendapat maklumbalas awal terhadap rekabentuk sofa yang terdapat dipasaran dan biasa digunakan dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta. Soalan kaji selidik menitik beratkan kepada konsep sofa, ciri-ciri am sofa, asas pemilihan struktur, asas pemilihan warna, dan asas anggaran harga. Seterusnya, keperluan ini akan dikenalpasti mengikut keutamaan dan diterjemahkan kedalam pembangunan rekabentuk sofa ergonomik dengan menerapkan data antropometrik dalam pembangunan tersebut. Berdasarkan keputusan data analisis menunjukkan rekabentuk konsep sofa ergonomik telah mempengaruhi kesan fizikal kepada manusia. Kaji selidik ini amat penting dalam melihat persepsi pengguna selain dapat mengkaji penerapan unsur-unsur sains fizikal kedalam proses rekabentuk konsep sofa ergonomik. Kajian ini memberi satu implikasi yang besar dalam pembangunan rekabentuk konsep sofa ergonomik bagi meningkatkan mutu produktiviti dalam industri perabut di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Seni reka bentuk industri, Pembangunan rekabentuk, Konsep sofa ergonomik, Citarasa pengguna, Implikasi produktiviti perabut |
Taxonomy: | By Niche > Industrial Design > Data Processing By Niche > Industrial Design > Study and Teaching |
Local Content Hub: | Niche > Industrial Design |
Depositing User: | Mohd Amin Zainol |
Date Deposited: | 12 Jun 2024 04:46 |
Last Modified: | 12 Jun 2024 04:46 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |