Selamatkan planet kita: mereka bentuk semula pakaian terpakai untuk pelbagai kegunaan

Selamatkan planet kita: mereka bentuk semula pakaian terpakai untuk pelbagai kegunaan. In: 2nd International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA2016), 26 & 27 September 2016, School of the Arts, Universiti Sains Malaysia. (In Press) (2016)



Abstract

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memberikan maklumat serta kesedaran kepada masyarakat umum berkenaan isu-isu berkenaan kepentingan kitar semula produk tekstil dan pakaian. Ini adalah kerana industri fesyen antara yang paling banyak menghasilkan lebihan bahan buangan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Sisa buangan hasil bahan-bahan tekstil kini semakin menjadi perkara biasa dalam industri fesyen. Perkara ini berlaku apabila perubahan fesyen berlaku dengan begitu cepat dan pantas. Ini disebabkan industri fesyen kini mengeluarkan banyak pilihan rekaan pakaian dengan menawarkan harga yang rendah. Oleh itu, pengguna mempunyai banyak pilihan stail pakaian untuk dilupuskan dan dikitar semula. Aktiviti kitar semula adalah satu cara pereka fesyen dan pengeluar produk fesyen untuk kitar semula bahan-bahan tekstil, di mana secondhand fesyen boleh diubahsuai dan direka bentuk semula untuk memenuhi permintaan fesyen terkini. Justeru itu, pengeluaran produk tekstil dan pakaian perlu mempunyai kesedaran akan kepentingan memulihara alam sekitar dengan cara mengeluarkan produk mesra alam dan boleh digunakan semula. Pihak pengeluar juga perlu memikirkan kaedah yang berkesan untuk menggalakkan pengguna membeli produk tekstil yang boleh dikitar dan digunakan semula. Pereka juga perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk pakaian yang menggunakan pakaian-pakaian kitar semula. Ini bertujuan untuk memupuk kesedaran pengguna terhadap kepentingan menjaga alam semula jadi agar tidak terus tercemar. Sikap pengguna kini juga perlu lebih positif dan cenderung untuk membeli produk tekstil atau pakaian mesra alam yang diperbuat daripada fabrik terpakai dan juga bahan-bahan organik seperti buluh, serat bulu ayam, minyak tumbuhan. Semua pihak mesti bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan itu sudah pasti pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan baik dan lebih berkesan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Seni reka bentuk industri, Product design, Kitar semula, Pakaian kitar semula, Penggunaan semula
Taxonomy: By Niche > Industrial Design > Environmental Aspects
By Niche > Industrial Design > Social Aspects
Local Content Hub: Niche > Industrial Design
Depositing User: Mohd Amin Zainol
Date Deposited: 12 Jun 2024 04:57
Last Modified: 12 Jun 2024 05:01
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item