Masa depan industri reka bentuk terus berkembang

Masa depan industri reka bentuk terus berkembang. [Newspaper] (2015)



Abstract

Kereta, telefon bimbit dan kerusi pejabat merupakan tiga jenis artifak yang digunakan oleh kita saban hari. Seawal pagi lagi kita telah berkenderaan ke pejabat menggunakan kereta, menghubungi rakan-rakan menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya memulakan tugas seharian menggunakan kerusi pejabat. Ini merupakan sebahagian daripada contoh artifak yang diilhamkan dan dihasilkan oleh pereka dalam bidang seni reka perindustrian. Seni Reka Perindustrian atau dalam bahasa Inggerisnya ‘industrial design’ merupakan satu aktiviti berkaitan dengan nilai-nilai hiasan dan estetik pada sesuatu produk yang dikeluarkan secara komersil. Aspek hiasan dan estetik dilihat dari sudut luaran (visual appearance), corak dan warna. Ia biasanya digabungkan dengan struktur dan fungsi yang boleh diterima pakai oleh pengeluar dan pengguna. Bidang ini dibahagikan kepada tiga sub-bidang utama iaitu Reka Bentuk Produk (Product Design), Reka Bentuk Pengangkutan (Transportation Design) dan Reka Bentuk Perabot (Furniture Design).

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri Reka Bentuk, Hiasan dan estetik, Produk Malaysia, Seni reka perindustrian
Taxonomy: By Niche > Industrial Design > Management
By Niche > Industrial Design > Study and Teaching
Local Content Hub: Niche > Industrial Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 11 Jun 2024 03:45
Last Modified: 11 Jun 2024 03:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item