Poinukadan Kadazandusun: ditinjau dalam aspek fungsinya. In: Seminar Menjejaki Warisan Pelbagai Etnik Di Sabah. (Submitted) (2012)
Abstract
Poinukadan berasal dari kata dasar tukadan yang bermakna perumpamaan atau peribahasa dalam bahasa Melayu. Poinukadan juga dikenali sebagai siriban, haraban dan poiradan. Penggunaan istilah bergantung pada daerah masing-masing berdasarkan dialek dan idiolek masing-masing. Walau bagaimanapun, perbezaan istilah itu tidaklah sebegitu besar dan sifat keseragaman antara kumpulan individu masih wujud serta keadaan saling memahami masih kekal. Sama ada poinukadan, siriban, haraban ataupun poiradan, ianya terdiri daripada satu perkataan atau
sekelompok perkataan yang membawa makna berbeza daripada perkataan asal. Poinukadan yang terdiri daripada satu perkataan seperti okologiau sementara poinukadan yang terdiridaripada sekelompok perkataan ialah miagal po pomosuon oh garo. Poinukadan yang digunakan dalam pertuturan dan penulisan dapat meningkatkan makna dan perasaan berkomunikasi secara ringkas dan bijak namun penggunaannya haruslah mengikut situasi dan konteks yang betul dan sesuai.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Ponikudan, Bahasa, Budaya, Tradisi |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 12 Jun 2024 09:53 |
Last Modified: | 12 Jun 2024 09:53 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |