Personaliti ibu bapa dalam teks cerita rakyat Kadazan Dusun. In: SoLLs.INTEC.15 International Conference, 29-30 September 2015, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Submitted) (2015)
Abstract
Cerita rakyat merupakan antara korpus bernilai sesuatu bangsa yang bukan sahaja dilihat sebagai dongengan semata bahkan mengandungi unsur-unsur didikan. Unsur didikan tersebut adalah bersifat universal. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti personaliti ibu bapa dalam teks cerita rakyat di samping ingin menjelaskan sebab musabab ibu bapa tradisional berpersonaliti sedemikian. Pemahaman personaliti harus bersandar kepada teori personaliti yang sesuai dengan masalah kajian. Teori psikoanalisis Sigmund Freud dan teori hierarki keperluan Maslow telah digunakan untuk melihat personaliti ibu bapa dalam beberapa teks cerita rakyat Kadazan Dusun. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis teks 'Manuskrip Himpunan Cerita Rakyat Kadazandusun' dan kajian pustakaan. Kajian mendapati watak ibu bapa dalam teks tersebut mempunyai personaliti neurotik seperti mengalami tahap kecemasan, dan emosional yang tinggi. Kemiskinan merupakan pemangkin personaliti neurotik ibu bapa tersebut. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dalam menilai tingkah laku manusia dengan lebih kreatif dan kritis berpandukan teori-teori personaliti yang betul bagi mengurangkan 'kesan halo' kepada orang lain terutama ibu bapa.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Sastera rakyat, Personaliti ibu bapa, Teori Freud dan Maslow, Kaedah analisis teks |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 13 Jun 2024 03:33 |
Last Modified: | 13 Jun 2024 03:33 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |