Hubungan antara kadar pulangan nominal dengan permintaan deposit sistem perbankan Islam di Malaysia

Hubungan antara kadar pulangan nominal dengan permintaan deposit sistem perbankan Islam di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 38. pp. 3-27. ISSN 0127-1962 (2004)



Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh struktur kadar pulangan deposit terhadap permintaan deposit di Sistem Perbankan Islam (SPI) yang terdiri daripada Bank Perdagangan, Syarikat Kewangan dan Bank Saudagar. Ujian Chow menunjukkan wujud perubahan struktur terhadap fungsi permintaan deposit bagi ketiga-tiga buah institusi tersebut dan SPI secara keseluruhan. Oleh itu, analisis perlu dibahagikan kepada dua kumpulan sampel iaitu dari Mac 1994 hingga Jun 1997 (sampel 1) dan Julai 1997 hingga November 2002 (sampel 2). Keputusan ujian sebab-menyebab Granger dalam versi Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) ke atas sampel 1, membuktikan pertumbuhan kadar pulangan deposit pelaburan (KPDP) mempengaruhi pertumbuhan permintaan deposit pelaburan (DP) di Bank Perdagangan, Syarikat Kewangan dan SPI. Dalam tempoh yang sama, juga wujud hubungan sebab-menyebab dua hala antara pertumbuhan kadar pulangan deposit simpanan (KPDS) dengan deposit simpanan (DS) di Bank Perdagangan sahaja. Hubungan antara kadar pulangan dengan permintaan deposit adalah berbeza dalam sampel 2, yang mana wujud hubungan dua hala antara pertumbuhan KPDP dengan DP di Bank Perdagangan dan SPI sahaja. Di Bank Saudagar, pertumbuhan DP mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pertumbuhan KPDP sama ada dalam jangka panjang mahupun jangka pendek. Berbanding dengan sampel 1, pertumbuhan KPDS dalam sampel 2 telah memperlihatkan pengaruh yang signifikan terhadap DS untuk semua institusi yang terlibat dan SPI secara keseluruhannya. Penemuan kajian ini membuktikan kadar pulangan deposit sangat penting dalam mempengaruhi kelakuan unit-unit ekonomi meminta deposit di SPI.

Item Type: Article
Keywords: Perbankan Islam, Kadar pulangan, Kebolehgantian
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 28 Jun 2024 06:19
Last Modified: 28 Jun 2024 06:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item