Amalan Sogit dalam kalangan masyarakat Dusun di Ranau,Sabah: Analisis dari perspektif sosiobudaya dan hukum Islam. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 33 (2). ISSN 1511-1989 (2023)
Abstract
Etnik Dusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di negeri Sabah. Majoriti daripada etnik ini telah memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun, kesinambungan kepercayaan tradisional (animisme) masih terus dilestari dan dipelihara dalam kehidupan sosiobudaya mereka. Kajian ini memberi fokus terhadap amalan sogit masyarakat Dusun di daerah Ranau, Sabah. Sogit secara mudahnya dapat difahami sebagai pampasan, ganti rugi adat ataupun denda adat yang dikenakan terhadap individu yang melanggar norma dan kod etika adat. Objektif utama kajian ini adalah menjelaskan amalan sogit dari perspektif sosiobudaya masyarakat Dusun Ranau di samping menganalisisnya dari perspektif hukum Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, sogit dari perspektif sosiobudaya masyarakat Dusun di Ranau, Sabah berperanan sebagai kawalan sosial, indikator sosial dan medium manifestasi kepercayaan tradisional mereka. Dari perspektif Islam pula, amalan sogit terbahagi kepada dua iaitu terdapat amalan sogit yang dibenarkan (urf sahih), manakala sebahagian amalan sogit yang lain, terdapat elemen-elemen yang bercanggah dengan syarak menyebabkan ia termasuk dalam kategori ‘urf fasid’ dalam hukum Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Sogit, Dusun, Hukum Islam, Urf Fasid, Sosiobudaya |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 26 Jun 2024 01:52 |
Last Modified: | 28 Jun 2024 00:28 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |