Amalan sogit masyarakat Dusun di Sabah dalam menghadapi musibah kematian: analisis perspektif Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7 (47). pp. 220-233. ISSN 0128-1755 (2022)
Abstract
Kematian merupakan perkara yang pasti akan dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa. Oleh sebab itu, dalam menghadapinya pelbagai kepercayaan, amalan, cara dan
adat yang wujud bagi mengendalikan peristiwa yang mengerikan tersebut. Perkara ini, termasuklah etnik Dusun di Sabah yang kaya dengan pelbagai jenis amalan dan adat isitiadat yang diwarisi daripada datuk nenek moyang mereka. Sehinggalah ke hari ini, amalan yang diwarisi tersebut masih ada yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat Dusun di Sabah.
Salah satunya adalah amalan sogit dalam menghadapi musibah kematian. Sehubungan itu,
kajian ini cuba melihat amalan-amalan sogit yang masih dilaksanakan ketika menghadapi
musibah kematian dan membuat penilaian berdasarkan perpsektif Islam terhadap status
pengamalan amalan sogit tersebut dalam kalangan masyarakat Dusun Islam. Justeru, kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif berlandaskan kaedah temubual, dan analisis dokumen.
Hasil kajian mendapati bahawa, amalan sogit dalam menghadapi musibah kematian ini
sebahagiannya mengandungi kepercayaan khurafat dan bercanggah dengan agama Islam, dan
sebahagiannya lagi menepati syariat Islam. Oleh itu, amalan sogit yang didapati berunsurkan
khurafat perlu dibanteras sepenuhnya dalam kalangan masyarakat Dusun Islam. Manakala
amalan yang menepati syariat, tidak harus diketepikan kerana mempunyai pelbagai hikmah
dan bertepatan dengan syariat Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dusun, Sogit, Perspektif Islam |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 28 Jun 2024 08:05 |
Last Modified: | 28 Jun 2024 08:05 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |