Perubahan dan Sinkretisme dalam Amalan Sogit Tanah Masyarakat Dusun Islam Ranau Sabah: Perspektif Islam

Perubahan dan Sinkretisme dalam Amalan Sogit Tanah Masyarakat Dusun Islam Ranau Sabah: Perspektif Islam. Jurnal Sains Insani, 9 (1). pp. 40-46. ISSN 0127-7871 (2022)



Abstract

Masyarakat Dusun merupakan kaum peribumi yang majoriti di negeri Sabah. Kepercayaan asal masyarakat ini adalah pagan yang dipengaruhi oleh unsur-unsur animisme. Namun, sejak kedatangan agama Islam di negeri Sabah bermula sekitar abad ke-15 Masihi, secara perlahan-lahan, sedikit sebanyak masyarakat Dusun mula beralih kepada agama Islam. Di Sabah, penempatan utama masyarakat Dusun adalah di daerah Ranau. Daerah Ranau terbahagi kepada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga DUN tersebut, penempatan masyarakat Dusun yang beragama Islam adalah tertumpu di DUN Kundasang. Kebudayaan masyarakat Dusun Islam pula, dihiasi dengan pelbagai ciri khazanah warisan silam daripada datuk nenek moyang mereka sama ada dalam budaya yang berbentuk material mahupun bukan material. Dengan itu, kajian memfokuskan dua objektif utama, pertama, menjelaskan perubahan yang berlaku dalam amalan sogit tanah (budaya bukan material) sebelum dan selepas masyarakat Dusun telah memeluk agama Islam. Kedua, membincangkan unsur-unsur sinkretisme yang wujud dalam amalan sogit tanah di antara ajaran pra-Islam dengan Islam, di samping membuat penilaian daripada perspektif hukum Islam. Justeru, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berlandaskan kaedah observasi, temubual, dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa amalan sogit tanah yang diamalkan oleh masyarakat Dusun Islam di daerah Ranau telah banyak berlaku perubahan sebelum dan selepas kedatangan agama Islam. Rentetan itu, wujud unsur sinkretisme antara ajaran Islam dan pra-Islam yang tidak boleh diamalkan.

Item Type: Article
Keywords: Dusun, Sogit, Sinkretisme
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 27 Jun 2024 07:19
Last Modified: 27 Jun 2024 07:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item