Eksplorasi reka corak batik abstrak pada produk kreatif kraf batik di Malaysia

Eksplorasi reka corak batik abstrak pada produk kreatif kraf batik di Malaysia. Persidangan Antarabangsa Ke9 Liga Ilmu Serantau 2023 (LIS 2023). pp. 55-71. ISSN 2710-6985 (2023)



Abstract

Industri kreatif di Malaysia dalam sektor pembuatan produk kreatif kraf dilihat sebagai industri yang mempunyai penyumbang kepada ekonomi negara. Namun bagi mengekalkan dan meningkatkan ekonomi produk kraf batik Malaysia, pembuatan produk kraf batik harus bergerak selaras dengan kaedah pembuatan trend rekaan semasa. Kebiasaannya, produk kraf sedia ada dihasilkan dengan menggunakan kain batik untuk dibuat pakaian dan ianya kurang sesuai. Kajian ini bertujuan untuk mengeksplorasi pengaplikasian reka corak batik abstrak sebagai medium utama dalam penghasilan produk kraf. Kaedah pemerhatian, temu bual dan kajian soal selidik telah digunakan dan seramai 5 orang responden yang terdiri daripada pembeli dan pengusaha batik yang berpengalaman telah ditemu bual. Seramai 44 orang responden berumur antara 28-40 tahun telah terlibat didalam kajian soal selidik yang diedarkan kepada responden terpilih di sekitar kompleks Pasar Payang Kuala Terengganu. Segala dapatan kajian daripada kaji selidik tersebut telah direkodkan dan dianalisa untuk penambahbaikan. Hasil daripada dapatan daripada instrumen soal selidik telah mencatatkan seramai (n=14) orang responden telah menjawab corak abstrak bagi soalan corak batik yang kebiasaan digunakan bagi menghasilkan produk kreatif kraf batik iaitu sebanyak 31% peratus. Dapatan daripada temubual juga telah merekodkan bahawa pembeli produk kreatif kraf lebih gemar produk yang bercorak abstrak kerana ianya lebih universal dan sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa reka corak batik abstrak berpotensi untuk dieksplorasi dan dikembangkan dengan kepelbagaian variasi dalam penghasilan produk kraf. Kajian ini penting dan perlu diteruskan bagi memperkasakan industri produk kreatif kraf batik tempatan seterusnya memartabatkan produk Malaysia ke peringkat pasaran global.

Item Type: Article
Keywords: Batik
Taxonomy: By Niche > Batik > Technique
By Niche > Batik > Themes, Motives
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 03 Jul 2024 05:07
Last Modified: 03 Jul 2024 05:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item