Kajian permasalahan rekabentuk perkhidmatan hentian bas dalam kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM). 1st International Conference on Creative Media, Design & Technology (REKA2014), 2014: 85. pp. 1-10. (2014)
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengemukakan permasalahan tentang reka bentuk dan sistem perkhidmatan hentian bas di jalan utama dalam kampus induk Universiti Sains Malaysia. Kewujudan hentian bas di dalam kampus bukan sahaja semata-mata sebagai kemudahan asas kepada pengguna atau para warga universiti untuk menghubungkan mereka dari satu tempat ke satu tempat lain di sekitar universiti tetapi ia harus lebih daripada itu. Ia harus mempunyai infrastruktur tambahan untuk menjadikan ia sebagai satu sumber atau kemudahan pelbagai dalam kampus induk USM, seperti contoh; ia harus dilengkapi dengan sumber informasi umum sebagai fungsi tambahan agar lebih mesra pengguna dan efisyen terutama kepada orang luar atau pelawat yang pertama kali datang ke USM terutamanya pada waktu puncak seperti pada hari konvokesyen, hari pendaftaran pelajar baru, majlis dan lain-lain. Kajian ini menggunakan tiga kaedah penyelidikan iaitu soal selidik, temu ramah dan berdasarkan pemerhatian. Responden terdiri daripada pelajar, staf, pelawat dan pemandu kenderaan yang menggunakan laluan dijalan utama kampus induk Universiti Sains Malaysia. Melalui penyelidikan yang telah dijalankan, beberapa permasalahan telah dikenalpasti. Permasalahan ini dilihat dari perspektif pengguna yang terdiri daripada golongan pelajar, pelawat dan pengguna jalan utama di kampus induk Universiti Sains Malaysia
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Seni reka bentuk industri, Furniture design |
Taxonomy: | By Niche > Industrial Design > Environmental Aspects By Niche > Industrial Design > Social Aspects |
Local Content Hub: | Niche > Industrial Design |
Depositing User: | Mohd Amin Zainol |
Date Deposited: | 04 Jul 2024 09:00 |
Last Modified: | 04 Jul 2024 09:00 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |