Pemerkasaan industri produk hasil kelulut. [Video] (2017)
Abstract
Madu kelulut yang dihasilkan oleh spesis lebah kelulut (“Stingless Bee”, Meliponini spp.) telah diisytihar sebagai “Super Food Malaysia” oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak pada 18 September 2016. Keistimewaan madu kelulut termasuklah kadar antioksida yang tinggi (3 kali ganda) berbanding madu lebah, mempunyai potensi dan khasiat perubatan seperti antibiotik semulajadi, meningkatkan metabolisma badan, menjaga kecantikan awet-muda (kesan rejunevasi), melancarkan peredaran darah, membaiki sistem penghadaman, pernafasan dan membuang toksin dari badan. Bahan aktif utama yang terdapat di dalam madu kelulut adalah terbitan asid fenolik bebas yang terdiri dari asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang mudah diserap oleh tubuh berbanding bahan aktif lain.
Item Type: | Video |
---|---|
Keywords: | Kelulut Integrated Information System (KIIS), Ternakan kelulut, Propolis, Sistem Maklumat Bersepadu Kelulut (KIIS), Alat tuaian madu |
Taxonomy: | By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Ecology By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Products Therapeutic Use |
Local Content Hub: | Niche > Kelulut (Stingless Bee) |
Depositing User: | Nur Rohaya Razali |
Date Deposited: | 10 Jul 2024 00:16 |
Last Modified: | 10 Jul 2024 00:16 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |