Pertahan budaya dan tradisi Melayu, Melanau demi generasi akan datang

Pertahan budaya dan tradisi Melayu, Melanau demi generasi akan datang. [Newspaper] (2019)



Abstract

SIBU: Dalam arus perubahan zaman yang semakin mencabar, budaya dan tradisi Melayu dan Melanau harus terus dipertahankan agar jati diri masyarakat ini tetap dikenali dan dihargai oleh generasi akan datang.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata sejarah dan identiti Melayu dan Melanau di Sibu mempunyai nilai yang tidak ternilai dan menjadi cerminan perjuangan, kecemerlangan, dan kekayaan tradisi masyarakat berkenaan di sini.

“Hari ini, kita berkumpul di sini bukan sekadar untuk meraikan keindahan dan kepelbagaian budaya kita, tetapi juga untuk mengingatkan diri kita tentang tanggungjawab kita dalam memelihara dan meneruskan warisan budaya yang telah dibina sejak sekian lama.

“Dengan mengetahui dan menghargai sejarah ini, kita memastikan bahawa generasi akan datang tidak hanya mengetahui asal-usul mereka tetapi juga menghargai kekayaan budaya yang ada,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Budaya Melanau, Masyarakat Melanau, Pesta Kebudayaan Borneo (BCF), Tradisi Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 14 Aug 2024 08:21
Last Modified: 14 Aug 2024 08:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item