XN2015 xplorasi niaga: ternak kelulut di rumah |cara ambil madu kelulut asli | serangan kelulut liar

XN2015 xplorasi niaga: ternak kelulut di rumah |cara ambil madu kelulut asli | serangan kelulut liar. [Video] (2022)



Abstract

Kajang – Madu kelulut adalah antara produk yang mempunyai permintaan tinggi kerana ianya mempunyai khasiatnya tersendiri.
Penternakan kelulut dikatakan mudah dijalankan kerana ianya tidak memerlukan kawasan yang luas, cukup sekadar di tepi rumah ianya mampu diusahakan.
Usahawan pilihan XplOrasiNiaga kali ini adalah merupakan seorang pesara polis di Kampung Sungai Kembong, Rinching Hilir, Kajang. Mat Pisol Saad telah mengusahakan penternakan kelulut sejak tahun 2018.
Setiap sesuatu itu pasti mempunyai cabarannya tersendiri, semasa pengambaran kami di sini, kejadian yang tidak diingini telah terjadi di mana satu daripada sarang kelulut telah di serang oleh kelulut liar. Antara faktor ianya terjadi adalah kerana pada masa tersebut kerap berlakunya hujan di mana kelulut-kelulut tidak dapat mencari makan/ madu. Ini menyebabkan kelulut liar tersebut menyerang mana-mana sarang kelulut yang lemah dengan tujuan mengambil alih dan memakan madu-madu di situ. Ada kemungkinan akibat serangan ini, ianya akan menyebabkan sarang tersebut menjadi kosong sekiranya permaisuri di dalam sarang tersebut mati.
Apapun saksikan video perkongsian kami ini untuk anda mendapatkan maklumat tentang penternakan kelulut di tepi rumah.

Item Type: Video
Keywords: Madu Kelulut, Stingless bee, Keusahawanan
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Behavior
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Breeding
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Norairin Natasya Zulkifli
Date Deposited: 09 Aug 2024 09:04
Last Modified: 09 Aug 2024 09:04
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item