Penggunaan propolis lebah kelulut dalam produk kosmetik berasaskan bahan organik : Kajian awal. In: Konvensyen Kebangsaan Pemimpin Pelajar 2018 (KPP-2018), 14-15 November 2018, Dewan Professional Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan. (2018)
Abstract
Mask‘ atau topeng merupakan krim yang digunakan pada muka untuk mendapatkan kulit muka yang bersih, licin, dan lembut. Kebanyakkan mask‘ yang dijual dipasaran menggunakan bahan kimia sintetik seperti paraben untuk mengekalkan kualiti produk dan jangka hayat yang panjang. Selain itu, kandungan bahan pemutihan kulit seperti merkuri, plumbum, arsenik, sianida, tretincin dan hidrokuinon juga tidak terkecuali daripada bahan pembuatan mask‘. Bahan kimia ini yang menyebabkan kekerapan berlakunya alahan dan iritasi kulit. Walaubagaimanapun kajian yang diperoleh oleh para saintis dan ahli kimia membuktikan bahawa penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal dalam bahan kosmetik dan wangian dalam jangka masa panjang akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan serta berisiko menghidapi penyakit kanser. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melakukan inovasi baharu terhadap produk kosmetik keluaran tempatan menggunakan 100% bahan organik dengan menggunakan propolis lebah kelulut sebagai bahan utama produk ini. Dalam kajian ini, mask‘ yang dihasilkan mengutamakan penggunaan propolis lebah kelulut kerana kandungan flavonoid dan fenolik pada bahan tersebut iaitu 10 kali ganda antioksida dan 500 kali ganda kandungan bioflavanoid yang boleh dijumpai daripada buah-buahan seperti oren. Produk ini yang dinamakan ‗Beepo mask‘ direka untuk membantu para pengguna menggantikan mask‘ sintetik kepada mask‘ organik. Produk ini diperbuat daripada bahan organik iaitu propolis lebah kelulut, minyak kelapa dara, aloe vera dan vitamin E. Kesemua bahan ini dicampur pada suhu bilik sehingga menjadi sebatian berwarna krim dengan tekstur yang lembut. Spektrofotometer Fourier Transform Infra-Red (FT-IR) pula digunakan untuk menentukan ciri dan sifat suatu atom melalui gugus atom dalam sebuah molekul yang terdapat dalam produk kosmetik ini. Beepo mask‘ merupakan topeng muka yang mempunyai kandungan antioksida seperti flavonod dan fenolik. Ia selamat digunakan kerana dihasilkan daripada bahan alam semula jadi iaitu 100% bahan organik dan mesra alam.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Mask, Selamat dan Mesra Alam, Flavonoid, Fenolik, Propolis |
Taxonomy: | By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Products Therapeutic Use |
Local Content Hub: | Niche > Genome |
Depositing User: | Rizana Mohd Radwan |
Date Deposited: | 24 Jul 2024 03:03 |
Last Modified: | 24 Jul 2024 03:03 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |