Relevankah pemasangan panel solar di kediaman?

Relevankah pemasangan panel solar di kediaman? Perspektif, 12. pp. 1-10. (2022)



Abstract

Penggunaan tenaga solar yang progresif mampu menyelesaikan isu pemanasan global yang semakin mengancam kehidupan manusia sejagat dan juga salah satu jalan keluar menghadapi krisis tenaga bahan api fosil yang semakin berkurangan. Tenaga solar yang terus diperolehi daripada cahaya matahari tanpa had memberikan keuntungan kepada alam sekitar dan penyumbang pembangunan yang mampan berbanding tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Baru-baru ini, pakar daripada Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) mengeluarkan kenyataan bahawa suhu bumi akan terus meningkat melebihi paras bahaya menjelang hujung abad ini sekiranya negara-negara maju gagal mencapai kata sepakat untuk mengurangkan pelepasan karbon. Peralihan penggunaan bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum kepada tenaga boleh baharu (TBB) iaitu tenaga solar perlu disegerakan secara proaktif demi menyelesaikan polemik perubahan iklim dan pemanasan global dunia. Komitmen Malaysia juga tidak terkecuali dalam memastikan sasaran pelepasan karbon bersih sifar menjelang tahun 2050 dapat dicapai dengan mewujudkan Malaysia Renewable Energy Roadmap 2035 selain menyumbang kepada perubahan iklim negara di bawah Perjanjian Paris (Menteri Kewangan Malaysia, 2021). Justeru, dalam usaha meningkatkan penggunaan tenaga solar, pelbagai inisiatif dan program telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan penggunaan panel solar diperluas terutama dalam sektor kediaman sekali gus pelepasan karbon dioksida dapat dikurangkan. Dalam perspektif Islam juga amat menitikberatkan penjagaan alam sekitar dengan

Item Type: Article
Keywords: Intergovernmental Panel on Climate Change, Net Energy Metering, Panel Solar
Taxonomy: By Niche > Solar > Solar Energy
Local Content Hub: Niche > Solar
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 30 Jul 2024 01:23
Last Modified: 30 Jul 2024 01:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item