Projek ladang solar terapung pertama Sarawak beroperasi Oktober ini

Projek ladang solar terapung pertama Sarawak beroperasi Oktober ini. [Newspaper] (2024)



Abstract

Projek ladang solar terapung pertama di Sarawak terletak di Empangan Batang Ai di sini, akan beroperasi pada Oktober ini.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata projek berkenaan akan melonjakkan jumlah penjanaan tenaga solar dan hidroelektrik di Batang Ai kepada 158 megawatt (MW) sekali gus menjadikan ia kawasan pertama di Malaysia yang mengeluarkan dua jenis tenaga boleh diperbaharui secara hibrid. "Saya difahamkan projek ini akan siap tidak lama lagi dan ketika ini, ia dah capai lebih 30 peratus. Maknanya, ia akan siap dalam tempoh empat bulan lagi. "Pengeluaran tenaga daripada ladang solar terapung ialah lebih kurang 50MW dan Empangan Batang Ai kini menjana tenaga hidroelektrik sebanyak 108 MW jadi kalau ini siap, kawasan Batang Ai akan mengeluarkan 158 MW (hidroelektrik and solar)," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas melawat ladang solar terapung itu di sini hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Projek ladang solar, Terapung, Sarawak
Taxonomy: By Niche > Solar > Solar Energy > Environmental Aspects
By Niche > Solar > Solar Energy > Industrial Applications
By Niche > Solar > Solar Energy > Technological Innovations
Local Content Hub: Niche > Solar
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 26 Aug 2024 07:16
Last Modified: 26 Aug 2024 07:16
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item