Analisis Kritikal Terhadap Kestabilan Kewangan Perbankan Islam Di Malaysia. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 15. pp. 1-16. ISSN 1985-482X (2021)
Abstract
Kestabilan kewangan adalah petunjuk penting dengan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara serta menggerakkan simpanan dan menjana aktiviti penyediaan pembiayaan. Hakikatnya, kestabilan kewangan juga mencerminkan ketahanan sistem kewangan untuk menyokong peruntukan dan pengagihan sumber yang cekap di seluruh ekonomi. Seperti yang dilihat dalam kajian ini, kestabilan kewangan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti spesifikasi bank, struktur industri dan persekitaran ekonomi. Ini juga merupakan salah satu objektif kajian yang akan diberi tumpuan. Untuk mencapai objektif ini, kajian menggunakan kaedah anggaran pada set data panel (gabungan siri masa dan keratan rentas) yang mencakupi 211 pemerhatian daripada 16 bank Islam (bank Islam sepenuhnya) di Malaysia pada tahun 1997 hingga 2016. Hasilnya kajian ini juga menunjukkan bahawa institusi perbankan Islam dilihat dapat mengukuhkan kestabilan kewangan mereka hasil daripada peningkatan keluaran dalam negeri kasar dan sebarang pelaburan modal tambahan di institusi perbankan dapat mengurangkan risiko kewangan, walaupun dengan kecukupan modal semasa dan kekuatan kestabilan. Kewangan terus diperutuhkan dengan kepelbagaian pelaburan dan pembiayaan dan dapat memberikan keyakinan kepada setiap pelanggan yang ingin mendeposit institusi banknya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perbankan Islam, Persekitaran ekonomi, Kestabilan kewangan |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 23 Aug 2024 01:24 |
Last Modified: | 23 Aug 2024 01:24 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |