Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnya: Suatu Analisisdari Perspektif Teori Sosiologi. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, 12 (2): 131-149. pp. 1-19. ISSN 1823-6812 (2021)
Abstract
Sesebuah karya sastera membolehkan masyarakat menjiwai unsur dan nilai dari segikemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan menanam perasaan bangga dan cinta kepada tanah air.Hal ini dikatakan demikian kerana sesebuah karya sastera memaparkan secara keseluruhan sosiobudaya dan sosioekonomi yang melatari sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, kemelut dan pergolakan yang berlaku dalam masyarakatwajar dirungkai agar berupaya memperlihatkan perjuangan mereka khususnya dari sudut Sosiologi. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis kandungan novel Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnyakarya Dahiri Saini (2020) dari segi penulis dan teks, isu-isu sosialdan kesannya kepada khalayak.Oleh sebab karya ini amat erat hubungannya dengan aspek sosial, maka kajian ini mengaplikasikan Teori Sosiologidengan memberikan fokus kepada tiga daripada empat kaedah krtitikan dalam teori ini, iaitu penulis dan teks,isu-isu sosial dan kesan teks kepada khalayak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan menganalisis kandungan teks. Dapatan analisis menunjukkanbahawa pengarang seorang yangprolifik dalam berkarya danmemaparkan pemikiran perjuangan pelbagai kaum di Sarawak sebagai saluran aspirasi masyarakatnya untuk maju dan membangun. Novel kajian menzahirkan perjuangan masyarakatmenerusi tindakanmelestarikan sosiobudaya seperti adat, maruah dan warisan bangsa yang menjadi simbolik dalam kehidupan mereka. Sementara penyuguhan isu-isu sosial mengintepretasikan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat sehingga menjejaskan sosioekonomi mereka.Teks ini juga memperlihatkan kesannya kepada khalayak kerana mengandungi unsur didaktik yang berupaya memperlihatkan fungsi sastera.Implikasinya, watak-watak yang diperagakan oleh Dahiri Saini mencitrakan impian dan aspirasi beliau untuk mengangkat dan memartabatkan kaum Melanau dalam pelbagai bidang sebagai kaum yang diseganidi Bumi Kenyalang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Melanau Aku Tidak Pernah Menolak Takdirnya, isu-isu sosial, warisan bangsa, adat, perjuangan |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Belief By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 07 Aug 2024 03:57 |
Last Modified: | 07 Aug 2024 03:57 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |