Tiang cadang pembinaan Taman Memorial Melanau Seduan

Tiang cadang pembinaan Taman Memorial Melanau Seduan. [Newspaper] (2023)



Abstract

Tanah perkuburan itu sudah wujud sejak abad ke-18 dan Tiang percaya adalah penting untuk mengingati bahagian sejarah itu.Bercakap kepada pemberita semasa lawatannya ke tanah perkuburan untuk meninjau salah satu Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) beliau hari ini beliau berkata, beliau akan mengadakan sesi dialog dengan masyarakat Melanau mengenai cara untuk memajukan lagi tempat itu.
"Ini adalah bahagian berharga warisan Sibu dan sejarah Melanau serta budaya mereka."Sebagai anak kelahiran Sibu, saya tidak tahu sangat tentang penempatan Melanau.
"Jadi, saya mencadangkan kepada mereka untuk membina taman peringatan pada masa akan datang untuk lebih mendidik rakyat kita terutamanya generasi akan datang mengenai warisan ini dan sejarahnya."Saya fikir kita harus terus melindungi dan mengekalkan kawasan ini."Ini sebahagian daripada sejarah," katanya. Mengenai RTP di tanah perkuburan itu beliau berkata, fasa satu projek itu termasuk menimbus tanah di kawasan rendah bagi menyelesaikan isu banjir dan mendirikan tandas awam, kemudian fasa kedua ialah pembinaan tembok penahan bagi menyelesaikan isu hakisan tanah.Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, projek fasa satu menelan belanja kira-kira RM200,000. Sementara itu, bekas ketua masyarakat Sahari Ubu, 82, berkata, kaum Melanau di Kampung Nangka mengadakan gotong-royong di tanah perkuburan itu hampir setiap minggu bagi memastikan kebersihannya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Taman Memorial
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Belief
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Aug 2024 07:15
Last Modified: 06 Aug 2024 07:15
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item