Warisan budaya Melayu dan Melanau perlu dipertahan untuk generasi akan datang

Warisan budaya Melayu dan Melanau perlu dipertahan untuk generasi akan datang. [Newspaper] (2024)



Abstract

SIBU: Warisan budaya Melayu dan Melanau perlu dipertahankan biarpun dunia kini berdepan dengan pelbagai ledakan teknologi moden. Pengerusi Pengelola Jawatankuasa Induk Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2024, Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, berkata ini bagi memulihara warisan dan budaya itu.“Ia adalah sebahagian daripada identiti kita untuk terus diiktiraf dan dihargai.
“Sejarah dan identiti orang Melayu dan Melanau di Sibu mempunyai kepentingan yang tidak ternilai.“Ia mencerminkan perjuangan, kecemerlangan dan kekayaan tradisi kita,” katanya berucap dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh timbalannya, Kaunselor Michelle Law, bagi mewakilinya pada Malam Kebudayaan Melayu/Melanau BCF 2024 di sini semalam. Dengan mengetahui dan menghargai sejarah, tegasnya, ini akan memastikan generasi akan datang bukan sahaja mengetahui tentang asal usul mereka tetapi juga menghargai kekayaan budaya yang ada.

Item Type: Newspaper
Keywords: Tradisi, Melanau, Pesta Kebudayaan Borneo
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Food
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Sep 2024 01:34
Last Modified: 02 Sep 2024 01:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item