Pesta Bederun Balingian 2023: Impak dan Halatuju Terhadap Sumber, Komuniti dan Ekopelancongan

Pesta Bederun Balingian 2023: Impak dan Halatuju Terhadap Sumber, Komuniti dan Ekopelancongan. Jurnal Tuah, 4 (1): 14. pp. 130-136. ISSN 2756-8350 (2023)



Abstract

Pesta Bederun Balingian merupakan satu pesta yang menyasarkan kehadiran pengunjung luar mahupun penduduk Balingian ke tapak pesta demi merancakkan aktiviti ekonomi setempat. Bederun atau Bededun mengikut dialek Melanau Balingian memberi maksud berkumpul. Sehubungan dengan itu, penganjuran Pesta Bederun ini juga bertujuan mempromosikan pekan Balingian sebagai destinasi pelancongan mahupun persinggahan. Oleh yang demikian persoalan kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah Pesta Bederun Balingian 2023 ini mampu mempromosikan Pekan Balingian sebagai hub ekopelancongan, meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan memperkenalkan sukan rakyat kepada pengunjung. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti impak penganjuran Pesta Bederun Balingian 2023 dari segi ekonomi, pelancongan, sosial dan alam sekitar. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan menggunakan instrumen soal selidik kepada 529 responden daripada lebih kurang 9500 pengunjung Pesta Bederun ini. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa Pesta Bederun Balingian mampu menarik ramai pengunjung bukan sahaja dari kawasan sekitar Balingian atau Mukah malah dari bahagian-bahagian lain dalam Sarawak. Kesimpulannya, Pesta Bederun ini meningkatkan imej pekan Balingian sebagai salah satu destinasi pelancongan atau persinggahan. Walaubagaimanapun, kajian impak Pesta Bederun Balingian 2023 ini dapat dijadikan sebagai penanda aras kepada penganjuran pesta ini pada masa hadapan dengan perancangan dan perlaksanaan yang lebih baik.

Item Type: Article
Keywords: Pesta Bederun, Balingian, Ekopelancongan, Impak
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 15 Aug 2024 08:56
Last Modified: 15 Aug 2024 08:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item