Batik Blocks: Alternative Use of Recycled Mechanical Fastener Nut Materials

Batik Blocks: Alternative Use of Recycled Mechanical Fastener Nut Materials. International Journal of Art & Design (IJAD), 8 (2). pp. 95-105. ISSN 2710-5776 (2024)



Abstract

Blok batik adalah alat yang digunakan oleh pembatik untuk menerap dan membentuk reka corak pada kain. Kaedah penghasilan corak batik biasanya dilakukan menggunakan teknik resis seperti batik blok, batik canting dan batik skrin. Batik blok merupakan antara batik yang terawal yang diperkenalkan dan dihasilkan di Malaysia. Kajian ini adalah untuk mengaplikasi bahan terpakai pengikat mekanikal nat untuk dijadikan sebagai blok batik. Fokus utama adalah penghasilan blok dengan menggunakan bahan terpakai nat dalam pembuatan blok batik. Proses penghasilan blok menggunakan kaedah yang sama seperti blok tembaga yang sedia ada, namun menggunakan nat sebagai alternatif bahan baru. Penerokaan bahan baru ini adalah untuk melihat potensi reka corak yang terhasil daripada bahan yang dapat diguna pakai semula. Ini dapat memberi idea dan inovasi kepada industri batik dalam mempelbagai motif dan reka corak di Malaysia sekaligus dapat memberikan idea untuk mencari identiti batik Malaysia. Trend pemakaian batik perlu diperluaskan untuk menyahut seruan kerajaan yang mewajibkan penjawab awam untuk memakai batik pada setiap Khamis Pengumpulan bahan terpakai nat diperolehi di bengkel-bengkel kenderaan dan motosikal. Kajian menggunakan kaedah kualitatif iaitu pemerhatian dan eksperimen bahan blok. Hasil dapatan menunjukkan pengikat mekanikal nat berpotensi dijadikan blok dalam penghasilan batik.

Item Type: Article
Keywords: Alternatif blok batik, Bahan kitar semula, Pengikat mekanikal nat
Taxonomy: By Niche > Batik > Technique
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 23 Aug 2024 03:49
Last Modified: 23 Aug 2024 03:49
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item