Transformasi Seni Catan Batik di Malaysia: Penggabungan Tradisi dan Inovasi Menerusi Catan Batik Kontemporari. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 12 (2). ISSN 0127-9688 (2024)
Abstract
Seni Catan Batik di Malaysia telah mengalami transformasi yang signifikan melalui penggabungan tradisi dengan modernisme. Seniman-seniman alaf baharu atau lebih dikenali sebagai generasi Z menunjukkan keberanian dalam mengeksplorasi pelbagai media, termasuk cat minyak dan teknologi digital, yang membawa dimensi baru dalam seni lukis batik. Menerusi kaedah pengkajian studio, kepelbagaian teknik dan eksperimentasi diadaptasikan bagi menjalankan kegiatan dan penghasilan karya. Penggunaan warna-warna berani dan motif-motif abstrak mencerminkan semangat kreativiti dan kebebasan ekspresi. Inspirasi dari isu-isu sosial dan kemanusiaan menjadi pendorong bagi seniman-seniman ini untuk menyampaikan pesan-pesan penting melalui karya seni mereka. Peranan penting pameran seni dan pendidikan dalam membangun landskap seni rupa Malaysia turut ditekankan. Secara keseluruhan, seni catan batik tidak hanya mempertahankan keunikan budayanya, tetapi juga berkembang sebagai bentuk seni moden yang dinamik dan relevan. Penggabungan tradisi dengan modernisme menciptakan harmoni yang memperkaya dan memperluas pengaruh seni catan batik dalam seni rupa Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | transformasi, catan batik, penggabungan tradisi dan inovasi, kontemporari |
Taxonomy: | By Niche > Batik > Technique |
Local Content Hub: | Niche > Batik |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 29 Aug 2024 08:35 |
Last Modified: | 29 Aug 2024 08:35 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |