Catan Batik Fatimah Chik Sebagai Satu Representasi Apresasi Budaya Nusantara

Catan Batik Fatimah Chik Sebagai Satu Representasi Apresasi Budaya Nusantara. KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 6. pp. 111-121. ISSN N 0127-9688 (2018)



Abstract

Catan batik mula dihargai, dipelihara dan diangkat dalam nilai-nilai sosiobudaya warisan sejajar dengan trend
semasa seni lukis moden di Malaysia pada masa kini. Kehalusan dan keunikan seninya dari segi aspek
formalistik dan praktikal menjadikannya membentuk identiti yang tersendiri. Keunikan dan keistimewaan
yang terdapat dalam setiap karya catan batik Fatimah Chik dapat dianalisis melalui teknik, motif, kaedah dan
gaya yang dipraktikkan. Elemen–elemen perlambangan budaya daripada suku kaum di Rantau Asean
diangkat menjadi identitifikasi yang dominan dalam catan batiknya. Keunikan catan batik Fatimah Chik juga
menggabungkan kaedah tradisi dan moden dengan mengaplikasikan teknik ikat celup daripada daripada suku
kaum di Rantau Asean dan Nusantara dalam setiap karya beliau. Karya –karya catan batik Fatimah Chik
yang telah bermula dari tahun 1980-an hingga kini adalah merupakan satu representasi apresasi budaya
masyarakat Nusantara yang kaya dengan nilai adab dan nilai-nilai timur yang tersendiri.

Item Type: Article
Keywords: catan batik, budaya, representasi, apresiasi, sosiobudaya, formalistik, praktikal
Taxonomy: By Niche > Batik > Private Collections
By Niche > Batik > Technique
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 29 Aug 2024 08:34
Last Modified: 29 Aug 2024 08:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item