Magahau Rungus: dari upacara ritual ke pesta keramaian. Gendang Alam, 12 (2). pp. 1-10. ISSN 2180-1738 (2022)
Abstract
Magahau merupakan perayaan tradisional yang disambut secara meriah dan besar-besaran oleh komuniti Rungus di daerah Kudat, Sabah. Istilah magahau membawa pengertian sebagai berpesta, mengadakan keramaian atau mengadakan kenduri. Kehidupan seharian etnik Rungus dahulu terikat dengan amalan kepercayaan tradisi, adat istiadat dan pantang larang yang telah diwarisi. Dengan demikian, perayaan magahauhanya akan dijalankan setelah semua upacara ritual selesai dilakukan. Etnik Rungus mempercayai bahawa amalan penyertaan upacara ritual dalam perayaan magahauadalah penting bagi tujuan keselamatan dan perlindungan mereka daripada gangguan kuasa ghaib. Bagaimanapun, etnik Rungus tidak lagi meneruskan amalan dan kepercayaan ini bersesuaian dengan perubahan kehidupan semasa etnik Rungus. Menerusi kajian etnografi, kajian ini menganalisis sistem kepercayaan dan amalan tradisi etnik Rungus melalui persembahan magahau. Hasil pemerhatian dan analisis mendapati bahawa transisi kehidupan komuniti Rungus telah mengubah konsep magahaudari upacara ritual ke pesta keramaian. Kajian seumpama ini penting sebagai usaha memelihara warisan ini untuk rujukan generasi akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Etnik Rungus, Sub-ethnic, Magahau |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 05 Sep 2024 08:04 |
Last Modified: | 05 Sep 2024 08:04 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |