Program Madani Rakyat Zon Selatan ketengahkan batik Johor

Program Madani Rakyat Zon Selatan ketengahkan batik Johor. [Newspaper] (2024)



Abstract

Johor Bahru: Apabila berbicara tentang batik, lazimnya cukup sinonim dengan Pantai Timur, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Johor juga mempunyai batik tersendiri yang mengetengahkan corak melambangkan identiti negeri Harimau Selatan itu.

Jika batik di Pantai Timur lebih banyak menampilkan motif organik berunsurkan alam semula jadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan haiwan, batik Johor pula menonjolkan corak seperti lada hitam, nanas, gambus dan buah tampoi.

Seorang pengusaha batik, Maimunah Yaacob, 56, berkata kelainan motif batik Johor ini memberikan alternatif kepada peminat dalam menggayakan busana yang tampak lebih moden dan versatil.

Item Type: Newspaper
Keywords: Madani Rakyat, Zon Selatan, Batik
Taxonomy: By Niche > Batik > Marketing
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 05 Sep 2024 07:57
Last Modified: 05 Sep 2024 07:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item