Pendekatan keseimbangan dan keadilan dalam undang-undang adat masyarakat Kimaragang di Sabah, Malaysia

Pendekatan keseimbangan dan keadilan dalam undang-undang adat masyarakat Kimaragang di Sabah, Malaysia. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 7 (1). pp. 187-210. ISSN 2462-2095 (2021)



Abstract

Bagi masyarakat Kimaragang Undang-undang Adat sudah ada sejak manusia ada, ia telah dibentuk oleh masyarakat itu sendiri dan ianya diiktiraf oleh kerajaan negeri Sabah sebelum merdeka dan selepas merdeka. Masyarakat Kimaragang dekat dengan alam dan setiap kesalahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya akan menyebabkan ketidak seimbangan bukan sahaja kepada individu, kumpulan, juga kepada penduduk kampung. Oleh kerana itu ia juga menggambarkan hasil kajian pengumpulan data primer di lapangan yang diperolehi secara langsung dari sumber temubual dan data sekunder yang diperolehi hasil tulisan kajian yang lalu untuk memajukan teori keseimbangan dan keadilan berhubung dengan kesalahan moral selaras dengan undang-undang adat masyarakat Kimaragang: keseimbangan dalam memutuskan hukuman di Mahkamah Anak Negeri Kota Marudu; penilaian terhadap dua kaedah Undang-Undang Adat dan pemulihan keadilan melalui pengampunan dan pengantaraan berkaitan dengan kesalahan pesalah serius, komunikasi interaktif dan dua hala juga dibincangkan. Dalam tulisan ini juga dibincangkan implikasi dasar adat sebagai pendekatan keseimbangan dan pemulihan keadilan untuk memberi kesejahteraan keadilan kepada mangsa, pesalah dan masyarakat.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Dusun Kimaragang, Sub-ethnic, Undang-undang Adat Masyarakat
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 23 Sep 2024 06:56
Last Modified: 23 Sep 2024 06:56
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item