Bbahul dan Hubungannya dengan Kepercayaan Bbiruhui Etnik Rungus di Sabah. KEMANUSIAAN The Asian Journal of Humanities, 21 (1). pp. 73-102. ISSN 1394-9330 (2014)
Abstract
Bbahul ialah sejenis puisi tradisional etnik Rungus yang tinggal di daerah Kudat, Sabah. Puisi tersebut sangat popular dan dituturkan dalam kalangan etnik Rungus pada tahun-tahun sebelum 1980-an namun tidak lagi pada masa ini. Bbiruhui pula ialah kepercayaan turun-temurun etnik Rungus yang berkonsepkan Minamangun sebagai Pencipta Yang Esa, diikuti oleh pelbagai semangat baik dan semangat jahat yang dipercayai berada di alam ghaib. Kajian ini merupakan kerja lapangan dan penulis merakamkan dan mendokumentasikan
bhahul lisan dan maklumat berkenaan kepercayaan Bbiruhui daripada sumber etnik Rungus. Pada peringkat awal kerja lapangan, beberapa orang sumber memaklumkan bahawa sesetengah bbahul akan disampaikan oleh bbobbollizan
(pakar upacara) dalam upacara Moginum bagi mengubati beberapa jenis penyakit.
Hal sedemikian menunjukkan bbahul mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan turun-temurun etnik Rungus. Dalam artikel ini, kepercayaan Bbiruhui sebagai sejenis kepercayaan rakyat akan diketengahkan. Pendapat sesetengah pengkaji yang beranggapan bahawa etnik Rungus ialah pagan juga
turut disanggah. Seterusnya, sejumlah bbahul terpilih yang berkait dengan kepercayaan Bbiruhui akan dianalisis bagi mendalami unsur-unsur kepercayaan yang terkandung di dalamnya. Dengan berbuat demikian, hubungan antara
bbahul dengan kepercayaan Bbiruhui akan didalami.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Rungus, Sub-ethnic, Bbahul, Traditional poetry, Bbiruhui beliefs, Ritual specialist |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 23 Sep 2024 06:59 |
Last Modified: | 23 Sep 2024 06:59 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |