Rumah Panjang Tradisi Rungus dalam Arus Pembangunan: Perbezaan Pengertian (Change and Development in the Rungus Longhouse Tradition: Differences of Meanings). Akademika, 68 (1). ISSN 0126-5008 (2006)
Abstract
Rumah panjang sebagai kediaman komunal atau kediaman perseorangan? Soalan ini mewakili intipati perbincangan makalah ini mengenai rumah panjang orang Rungus yang menetap di daerah Kudat, Sabah, Malaysia. Golongan bukan Rungus menganggap rumah panjang sebagai suatu jenis kediaman komunal di mana semua penghuni rumah panjang berkongsi ruang hidup tanpa pemisahan sempadan dan milikan peribadi di bawah bumbung yang sama. Pandangan ini mencerminkan kecenderungan orang luar untuk membuat kesimpulan tanpa memahami makna rumah panjang kepada orang Rungus, serta tidak meneliti struktur rumah panjang dan bagaimana keadaan hidup penghuni rumah panjang dalam konteks struktur sebegini. Sektor pelancongan ‘menggunapakai’ pandangan luar ini sebagai bahan memajukan rumah panjang Rungus sebagai tarikan pelancongan. Pelancongan seakan-akan ‘menaiktaraf’ rumah panjang daripada sebagai kediaman biasa kepada barangan bernilai pasaran. Dalam konteks arus perubahan yang melanda orang Rungus, rumah panjang yang menjadi tunggak identiti komuniti Rungus turut dilanda perubahan dan pengubahsuaian. Makalah ini meninjau erti rumah panjang kepada orang Rungus dan membandingkan pengertian ini dengan pandangan orang luar, termasuk industri pelancongan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Rungus, Sub-ethnic, Longhouse |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 11 Sep 2024 04:02 |
Last Modified: | 11 Sep 2024 04:02 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |