Kearifan tradisi adiguru dalam penghasilan tembikar kuron di Sabah. Gendang Alam, 11 (2). pp. 1-16. ISSN 2180-1738 (2021)
Abstract
Tembikar kuron dihasilkan oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah tetapi hanya aktif dihasilkan oleh etnik Dusun Tindal yang tinggal di Kampung Malangkap Kapa, Kota Belud pada hari ini. Etnik Dusun Tindal menghasilkan tembikar kuron melalui kearifan tradisi yang dimanipulasikan untuk mencipta barang keperluan harian daripada medium tanah liat. Kearifan tradisi ini telah diwarisi diwarisi sejak turun-temurun secara tradisi lisan dari segi proses penghasilan, teknik, motif, bahan dan teknik pembakaran kuron. Tembikar kuron yang dihasilkan mempunyai fungsi yang sinonim dengan aktiviti harian etnik Dusun Tindal, sebagai alat memasak, peralatan mengangkut dan menyimpan barangan harian. Oleh itu, penghasilan tembikar kuron dipercayai kerana tuntutan keperluan hidup dan kearifan mereka sejak turun-temurun. Kajian ini akan memfokuskan kearifan tradisi penghasilan tembikar kuron oleh adiguru Puan Kantiam binti Setan yang merupakan anak kepada mendiang Adiguru Somotoi binti Lugu, iaitu seorang tokoh kraf etnik tembikar tradisional kuron.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Dusun Tindal, Tembikar kuron |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 26 Sep 2024 06:44 |
Last Modified: | 26 Sep 2024 06:44 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |