Pengurusan kraf tangan tradisi etnik Dusun Tindal di Sabah. Gendang Alam, 13 (2). pp. 45-57. ISSN 2180-1738 (2023)
Abstract
Etnik Dusun Tindal merupakan salah satu rumpun KadazanDusun yang menetap di daerah Kota Belud Sabah. Etnik ini kaya dengan amalan budaya dan adat tradisi yang masih diwarisi sehingga kini. Antara warisan yang masih diamalkan adalah penghasilan seni kraf tangan tradisi. Daerah Kota Belud yang kaya dengan sumber alam seperti pokok bambu, rotan, tumbuhan dan tanah liat menjadi pendorong kepada masyarakatnya untuk menghasilkan produk-produk kraf tangan tradisi yang bersumberkan alam semula jadi. Antara seni kraf tradisi yang dihasilkan adalah bakul nurod dan sisiri, wakid, basung, sirung, barait, kinulung, kobog dan kuron. Penghasilan produk kraf tradisi ini melalui proses pengurusan daripada tukang kraf sehinggalah proses penjualan yang melibatkan pengusaha dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah. Ketiga-tiga kumpulan ini saling berperanan dalam pengurusan kraf tangan bagi penghasilan produk, penjualan, pemasaran dan pengkomersialannya. Kajian yang berasaskan kerja lapangan dilakukan melalui pemerhatian dan temu bual untuk mengumpul maklumat kraf tangan etnik Dusun Tindal Kota Belud dengan memberi tumpuan kepada tukang kraf, pengusaha kraf dan peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah. Hasil analisis mendapati bahawa tukang kraf, pengusaha kraf serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah adalah kumpulan yang terlibat dalam pengurusan seni kraf tradisi ini. Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa pengurusan seni kraf tangan dalam kajian ini penting untuk tujuan dokumentasi ke arah inovasi dan kemajuan hasil produknya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Dusun Tindal, Kraftangan |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 26 Sep 2024 06:32 |
Last Modified: | 26 Sep 2024 06:32 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |