Mikorot dalam konteks kebudayaan etnik Dusun di Sabah: analisis dari perspektif hubungan etnik

Mikorot dalam konteks kebudayaan etnik Dusun di Sabah: analisis dari perspektif hubungan etnik. MANU, 27. pp. 1-28. ISSN 1511-1989 (2018)



Abstract

Kebanyakan negara di dunia yang mempunyai komposisi etnik yang pelbagai sering berhadapan dengan situasi ketegangan etnik, isu kuasa politik etnik, persaingan etnik, malah ada yang memuncak dengan konflik fizikal yang lebih radikal sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Isu etnik sentiasa mewarnai hubungan antara masyarakat dan keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan hubungan antara etnik di Malaysia akan terus kekal harmoni sehingga kini. Usaha tersebut dilaksanakan melalui pelbagai program dan turut diterjemahkan dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Hal yang menarik ialah usaha kerajaan dalam memastikan hubungan etnik sentiasa harmoni bukanlah perkara yang baharu dan menghairankan dalam masyarakat Dusun di Sabah. Amalan cara hidup dan sikap toleransi yang tinggi dalam komuniti ini sudah berakar umbi sejak sekian lama. Salah satu amalan yang menunjukkan sikap keterbukaan mereka yang tinggi terhadap perbezaan etnik dan agama ialah amalan mikorot. Justeru, objektif penulisan makalah ini adalah untuk menjelaskan makna dan konsep mikorot dalam budaya masyarakat Dusun, menjelaskan ritual pelaksanaan mikorot dan yang terakhir, mengetahui implikasi mikorot dan cabarannya dalam masyarakat. Hasil kajian yang diperoleh melalui kaedah kualitiatif menggunakan temu bual mendapati bahawa mikorot adalah satu upacara yang dilaksanakan oleh etnik Dusun di Sabah sebagai cara untuk mengesahkan nilai kekeluargaan mereka terhadap individu yang bukan ahli keluarga mereka tanpa melibatkan perkahwinan atau hubungan biologi. Selain itu, amalan mikorot ini juga berjaya memupuk hubungan yang harmoni antara etnik Dusun dengan etnik Dusun yang lain dan antara etnik Dusun dengan masyarakat lain di negeri Sabah.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Mikorot, Korot, Toleransi entik, Hubungan etnik
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 26 Sep 2024 06:46
Last Modified: 26 Sep 2024 06:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item