Warisan busana Kimaragang: Ragam hias sabung kinaling

Warisan busana Kimaragang: Ragam hias sabung kinaling. Jurnal Kinabalu, 29. pp. 302-318. ISSN 2600-867X (2023)



Abstract

Busana tradisional merupakan salah satu warisan dari leluhur sesebuah masyarakat yang telah wujud sejak zaman berzaman. Warisan budaya reka bentuk dan aksesori dalam penggayaan busana tradisional Dusun Kimaragang terutamanya dalam sabung kinaling menunjukkan bahawa masyarakat pada zaman dahulu sudah mempunyai ilmu dan mempuyai daya kreativiti yang tinggi. Biasanya, masyarakat Dusun Kimaragang memakai busana tradisional semasa musim perayaan, keraian dan upacara berkaitan adat membuktikan yang masyarakat ini masih berpegang kepada budaya yang diwarisi. Fokus kajian ini adalah berkaitan dengan reka bentuk busana kinaling yang popular dalam kalangan masyarakat Kimaragang terutamanya di kawasan Pitas. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan menggunakan kaedah temu bual dan perbandingan busana koleksi peribadi yang telah berusia lebih dari lapan dekad milik keluarga besar Encik Molinka Buling. Diharapkan, dalam usaha memartabatkan budaya Dusun Kimaragang kajian seumpama ini dapat memberikan data terbaharu, penjelasan dan pencerahan terkini terhadap pakaian tradisional masyarakat ini di Sabah.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Dusun Kimaragang, Busana Tradisional
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 25 Sep 2024 08:44
Last Modified: 25 Sep 2024 08:44
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item