Perbankan Islam perlu jadi pemain industri kewangan global

Perbankan Islam perlu jadi pemain industri kewangan global. [Newspaper] (2024)



Abstract

Perbankan Islam menghadapi beberapa cabaran yang boleh mengganggu perkembangan dan kelestariannya dalam dunia moden. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah persaingan dengan bank konvensional yang memiliki kelebihan dalam hal modal, pengalaman, teknologi dan rangkaian selain dapat menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih murah, mudah serta pelbagai kepada pelanggan.
Bank konvensional juga boleh meniru atau menyesuaikan produk dan perkhidmatan perbankan Islam untuk menarik pelanggan yang berminat dengan nilai-nilai Islam. Oleh itu, perbankan Islam perlu meningkatkan kualiti, kebolehpercayaan dan kepelbagaian produk dan perkhidmatan untuk mengekalkan dan menambah pelanggan.
Selain itu, ketidakseragaman piawaian dan peraturan turut menjadi cabaran dalam Perbankan Islam. Contohnya, operasi di negara yang berbeza menyebabkan mereka terpaksa mematuhi piawaian dan peraturan yang berbeza-beza melibatkan aspek seperti definisi, pengawasan, perakaunan, cukai dan perlindungan pengguna. Ketidakseragaman ini boleh menyebabkan kekeliruan, ketidakkonsistenan dan ketidakcekapan dalam operasi perbankan Islam

Item Type: Newspaper
Keywords: Perbankan Islam, Industri kewangan global, Usahawan
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 30 Sep 2024 02:05
Last Modified: 30 Sep 2024 02:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item