Satu kajian mengenai perbandingan reka corak batik sarung jawa (Yogyakarta) dengan batik sarung Malaysia (Terengganu) / Ramizah A. Razak

Satu kajian mengenai perbandingan reka corak batik sarung jawa (Yogyakarta) dengan batik sarung Malaysia (Terengganu) / Ramizah A. Razak. Project Report. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. (Unpublished) (2000)



Abstract

Merujuk kepada tesis ini, penekanan adalah dilakukan ke atas batik sarung. Kajian dibuat mengenai perbandingan rekacorak di antara batik sarung yang dihasilkan dari Jawa Indonesia dengan batik sarung dari Pantai Timur Malaysia. Dalam penulisan ini penulis telah memilih Daerah Yogyakarta dari Jawa Indonesia yang juga dikenali sebagai pusat pembatikan sehingga digelar sebagai daerah 'Teristimewa' manakala di Pantai Timur Malaysia pula ialah Kuala Trengganu iaitu di sekitar Pasir Panjang. Penulisan ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji perbandingan penghasilan rekacorak batik sarung Jawa dengan batik sarung Malaysia. Dalam penulisan ini , kajian dijalankan ke atas batik sarung Jawa adalah melalui rujukan manakala kajian keatas batik sarung dilakukan melalui kaedah temubual dan pemerhatian penulis sendiri. Daripada maklumat yang diperolehi, didapati bahawa masyarakat Jawa menghasilkan batik dengan menitikberatkan rekaan coraknya. la adalah kerana setiap penghasilan corak tersebut mempunyai nilai filologi mengikut kepercayaan agama yang mereka anuti. Dan dari maksud corak itu juga mempunyai hubungkaitnya pula dengan fungsi dalam pemakaian. Batik di Jawa digunakan khusus dalam upacar & adat dan yang paling utama sering digunakan oleh golongan istana. Berbanding pula dengan batik sarung di Malaysia. PenghasiIan rekacorak batik di Malaysia adalah berdasarkan daripada keindahan alam semulajadi dan bunga-bungaan. Motif yang dihasilkan kebanyakannya telah diubah menjadi abstrak dan dari segi teknik pula agak berbeza sedikit dari teknik batik Jawa. Penggunaannya pula ia sering dljadikan sebagai pakaian harian bagi wanita dan adakalanya ia dijadikan sebagai kain basahan. Walau apapun pernyataannya, rekacorak batik Jawa sememangnya mempunyai nilai dan keunikannya yang tersendiri. Dan disebahk keunikan tersebut ada tersirat makna yang tertentu dalam penggunaannya. Namun begitu rekacorak di Malaysia tidak begitu mendalam maksudnya. Ini kerana setiap rekaan dan pilihan motif itu adalah berdasarkan cetusan idea pembatik itu sendiri dan tiada pantang larangnya,dari pernyataan di atas, penulis cuba menyingkap dengan lebih mendalam lagi tentang perbezaan tersebut dan mengenal pasti sama ada perbezaan itu ketara ataupun tidak.

Item Type: Monograph (Project Report)
Keywords: Reka corak, Batik sarung Malaysia, Batik sarung Jawa, Kain basahan, Motif batik
Taxonomy: By Niche > Batik > Themes, Motives
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Rizana Mohd Radwan
Date Deposited: 27 Sep 2024 01:37
Last Modified: 27 Sep 2024 01:37
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item