Adat Sogit: sebuah amalan kaum Kadazandusun

Adat Sogit: sebuah amalan kaum Kadazandusun. Jurnal Borneo Arkhailogia, 8 (1). pp. 91-104. ISSN 2600-8726 (2023)



Abstract

Adat sogit berbentuk warisan tak ketara kerana ia dapat diamati sebagai sebuah ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui nilai-nilai adat serta budaya. Warisan itu sendiri dari segi istilah dapat difahami sebagai sesuatu yang bervharga serta bernilai dan ia akan diwarisi oleh generasi terkemudian agar diamalkan secara berterusan. Hakikatnya, adat sogit merupakan sebuah adat yang sinonim bagi kaum Kadazandusun. Ia telah diamalkan sejak zaman pra-kolonial di Sabah dan sehingga kini adat ini masih diadaptasi dalam kehidupan mereka. Adat sogit membolehkan sebuah kesejahteraan bermasyarakat dapat diwujudkan selaras dengan fungsinya iaitu membentuk kawalan atau batas tingkah laku individu (Feaddora,2018: 6). Pada dasarnya, kajian ini berobjektif untuk mengetengahkan amalan warisan adat ini kepada masyarakat luar. Kajian ini turut memperlihatkan isu serta cabaran yang timbul dalam pengamalan adat ini pada masa kini. Sebagai usaha penambaikan amalan adat ini di masa hadapan, beberapa cadangan bagi tujuan pemantapan pengurusan sumber warisan ini juga dinyatakan.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Sogit, Warisan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 30 Sep 2024 02:16
Last Modified: 30 Sep 2024 02:16
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item