Kerelevanan Huguan Siou dalam konteks kesatuan masyarakat Kadazandusun

Kerelevanan Huguan Siou dalam konteks kesatuan masyarakat Kadazandusun. Jurnal Borneo Arkhailogia, 6 (1). pp. 59-77. ISSN 2600-8726 (2021)



Abstract

Huguan Siou telah wujud sekian lama dalam konteks sistem pentadbiran tradisional masyarakat Kadazandusun dan masih digunakan dalam konteks moden bagi mewujudkan perpaduan demi mengangkat masyarakat ini pada kedudukan yang berpengaruh dalam politik dan sosial di Sabah. Huguan Siou atau Pemimpin Agung ini merupakan simbol kesatuan dan perpaduan puak atau pelbagai etnik yang wujud dalam masyarakat Kadazandusun melalui institusi kebudayaan. Seiring dengan kemunculan nasionalisme di Sabah, bagi masyarakat Kadazandusun, Huguan Siou merupakan status pemimpin yang dapat memimpin mereka dengan mempunyai kuasa dan pengaruh bagi mewakili perjuangan politik mereka. Walau bagaimanapun, penglibatannya dalam bidang politik telah menimbulkan pelbagai perspektif setelah wujud pelbagai aliran separatisme sosial dan politik dalam masyarakat Kadazandusun. Justeru, kertas kerja ini akan cuba menjelaskan kerelevanan Huguan Siou dalam konsep dan realiti kesatuan masyarakat Kadazandusun. Harapan penulis, penjelasan yang diberikan dapat memberi gambaran dan memperlihatkan Huguan Siou sebagai status dan gelaran terpenting dalam masyarakat Kadazandusun dulu dan sekarang. Maka, analisis fakta yang digunakan adalah mengikut pendekatan disiplin sejarah dengan merujuk kepada, sumber primer, sumber sekunder dan sumber lisan.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Huguan Siou
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 30 Sep 2024 03:24
Last Modified: 30 Sep 2024 03:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item