Jeanne Marie Druce Penyanyi Suprano Anak Melanau

Jeanne Marie Druce Penyanyi Suprano Anak Melanau. [Newspaper] (2023)



Abstract

Kejayaan, Jeanne Marie Druce, 29, menjadi penyanyi soprano antarabangsa memberi inspirasi untuk anak Sarawak terus mengejar impian dalam bidang muzik. Menurut Jeanne atau lebih mesra dengan panggilan Meimei, tiada yang lebih menggembirakan dalam hidup apabila ibu bapa sendiri memberi sokongan penuh meneruskan pengajian dalam bidang muzik. Menariknya, penyanyi berbangsa Melanau MukahDalat ini mampu menguasai enam bahasa termasuk Itali, Jerman, Cina, Melanau, Melayu Sarawak dan petah berbahasa Inggeris. “Biarpun cabaran utama saya dari segi komunikasi serta berhadapan dengan pelbagai rintangan, namun ia bukan penghalang untuk mencapai impian,” ujarnya ketika ditemu bual pemberita di pejabat Suara Sarawak, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Jeanne percaya galakan ibu bapa memainkan peranan sangat penting bagi menentukan kejayaan.
“Minat dalam muzik bermula ketika berusia empat tahun.
Saya menghabiskan masa menonton fi lem muzikal klasik The Sound of Music semasa ibu menguruskan kerja di rumah,” katanya mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Penyanyi soprano, Jeanne Marie Druce
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Oct 2024 04:43
Last Modified: 10 Oct 2024 04:43
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item