Majalah majlis rekabentuk Malaysia / Zaini Zainuddin

Majalah majlis rekabentuk Malaysia / Zaini Zainuddin. Other. Malaysia Design Council, Kuala Lumpur. (2008)



Abstract

Ketika kali pertama kereta nasional diperkenalkan pada 1985, tak ramai yang yakin dengan kemampuan negara untuk menghasilkan kereta buatan sendiri. Namun sejarah telah membuktikan kejayaan negara, bermula dengan pengeluaran model SAGA sehinggalah kepada beberapa nama model lain yang mendapat sambutan daripada rakyat seperti Iswara, Waja dan Persona. Terkini ialah Saga BMI yang ditampilkan sebagai penghargaan kepada pengguna di negara ini, dengan tawaran harga yang kompetitif dan reka bentuk yang menarik perhatian. Di dalam isu kedua ini REKA memaparkan mengenai industri automotif, khususnya kereta. Isu ini memang menarik untuk diperkatakan kerana sesebuah model kereta, tak kira tempatan atau import, pasti akan menampilkan kehebatan masing-masing daripada aspek teknologi enjin seperti twin cam, VVTI, DVVT dan hybrid. Kos penjimatan minyak dan kuasa pecutan yang maksimum di kala isu kenaikan harga minyak dunia menjadi tumpuan pastinya memberikan nilai tambah dalam pemasaran kereta. Terpulanglah kepada selera pembeli untuk memilih apakah ciri-ciri yang memenuhi kehendak mereka. Satu aspek yang tak harus kita lupakan ialah pereka yang menghasilkan reka bentuk model terbabit. Tugas mereka bentuk tidak terhasil dalam masa sehari, sebaliknya mengambil satu proses yang panjang – daripada idea kepada lakaran sehinggalah peringkat model dan styling, kemudian barulah sebuah model kereta dapat diperlihatkan

Item Type: Monograph (Other)
Keywords: Teknologi enjin seperti twin cam, VVTI, DVVT dan hybrid.
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Design Ideation
Agencies of Resources: Non-Governmental Organisation > Majlis Rekabentuk Malaysia | MRM 121/6/8 - 27/7/2020
Local Content Hub: Niche > Industrial Design
Depositing User: Amy Suzaima Mohd Shafiee
Date Deposited: 14 Oct 2024 09:18
Last Modified: 14 Oct 2024 09:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item