Majalah Majlis Rekabentuk Malaysia (Suku Ketiga). Other. Berita Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur. (2009)
Abstract
Pakaian pertama manusia diperbuat daripada kulit pokok dan haiwan. Seiring dengan peredaran zaman, manusia mula mereka pakaian menggunakan pelbagai bahan termasuklah ulat sutera yang menghasilkan kain sutera. Kepelbagaian rekaan pakaian yang didorongkan daripada keinginan manusia untuk kelihatan cantik dan bergaya telah membuka jalan kepada perkembangan bidang fesyen. "Jiwa seseorangterletak pada pakaiannya", -William Shakespeare (1564-1616) Fesyen tidak lagi terhad kepada rekaan pakaian semata-mata malah merangkumi pelbagai rekaan kasut, beg, tali pinggang, jam dan sebagainya. "Pakaian yang cantik membuka semua pintu (peluang)", - Thomas Fuller (Gnomologia) Di barat, pereka-pereka seperti Jean Paul Gaultier, Alexander McQueen, Giorgio Armani, dan Yohji Yamamoto, dari Jepun mendapat tempat di hati peminat fesyen tempatan. Begitupun, kita tidak ketandusan pereka-pereka ternama di pentas tempatan dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh perekapereka ternama seperti Datuk Benard Chandran, Rizalman Ibrahim, Hatta Dolmat, Zang Toi dan ramai lagi. Kemajuan di bidang rekaan turut mengubah persepsi bidang tugasan pereka fesyen itu sendiri dari sekadar mereka dan menghasilkan pakaian, malah bidang fesyen menjadi salah satu cabang perniagaan yang begitu cepat berkembang maju. Kepesatan ini juga menyebabkan rekaan fesyen yang dihasilkan bergerak secara putaran dengan penambahbaikan ke atas fesyen terdahulu yang diberikan nafas baru bagi menepati kehendak dan trend masyarakat moden masa kini. "Setiap generasi mentertawakan fesyen lapuk tetapi patuh dan mengikuti sepenuhnya kepada rekaan baru", - Henry David Thoreau (1817-1862, Walden 1854)
Item Type: | Monograph (Other) |
---|---|
Keywords: | Ulat sutera, Kain sutera |
Taxonomy: | By Niche > Industrial Design > Planning |
Local Content Hub: | Niche > Industrial Design |
Depositing User: | Amy Suzaima Mohd Shafiee |
Date Deposited: | 09 Oct 2024 08:50 |
Last Modified: | 09 Oct 2024 08:50 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |