Menu tradisi Melanau jadi sajian

Menu tradisi Melanau jadi sajian. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUCHING: Tampil dengan pelbagai menu masakan Melanau, Selihah Tarbi, 52 menjelaskan langkah tersebut merupakan caranya mempamerkan kelainan dalam perniagaan makanan yang diusahakan. Pemilik restoran Selihah Cafe & Catering ini berkata, antara menu hidangan yang ditawarkan termasuk linut atau ambuyat, tumpik (kelapa+sagu lemantak), umai, tebaloi, selisih dan beberapa yang lain. “Saya telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan sejak 2006. “Setelah tiga tahun berniaga makanan di Telekom Miri sebelum ini, saya kemudian membuka restoran yang kini beroperasi di Saberkas pada 2009,” katanya kepada Suara Sarawak. Menurut Selihah, sokongan dan galakkan dari keluarganya merupakan pendorong utama beliau untuk terus bersemangat meneruskan perniagaan tersebut. “Saya bersyukur kerana khidmat restoran ini kini menjejaki usia 12 tahun operasinya meskipun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan. “Sambutan pelanggan terhadap menu ini juga memberangsangkan,” katanya. Selihah turut mendedahkan bahawa dia juga sering dibantu oleh anaknya Nur Widyamirza Hassan, 20 dalam mengendalikan perniagaan tersebut.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Sajian, Menu Tradisi
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Food
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 14 Oct 2024 09:11
Last Modified: 14 Oct 2024 09:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item