Penerapan Nilai-Nilai Wasatiyyah dalam Tadbir Urus Syariah bagi Sistem Perbankan Islam di Malaysia. International Journal of West Asian Studies, 9 (1). pp. 12-24. ISSN 2180-4788 (2017)
Abstract
Konsep dan nilai-nilai wasatiyyah merupakan asas dalam amalan perbankan Islam. Ini kerana Islam telah menggariskan beberapa prinsip asas muamalat yang menjadi garis panduan dan tunjang dalam aktiviti dan operasi perbankan supaya segala bentuk sifat ekstrem dapat dihindari. Prinsip-prinsip tersebut antaranya pengharaman apa-apa jua perkara yang melampau batas iaitu unsur perjudian, ketidakpastian (gharar), riba, penipuan, kezaliman dan sebagainya. Sifat ekstrem ini wajib dijauhi dalam kehidupan kerana ianya telah diharamkan secara jelas (qat’ie) oleh Allah SWT kerana ianya bersifat menindas, terutamanya terhadap golongan yang fakir, miskin atau berpendapatan rendah. Pengharaman ini turut disertakan dengan ancaman azab yang terlalu berat di akhirat. Sistem perbankan Islam amat menjunjung konsep wasatiyyah melalui nilai keadilan amanah, ketelusan, dan akauntabiliti yang diterapkan melalui sistem tadbir urus syariah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sistem Perbankan Islam, Tadbir Urus Shariah, Nilai Wasatiyyah |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Accounting |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 28 Oct 2024 09:41 |
Last Modified: | 28 Oct 2024 09:41 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |