Konsep dan struktur persembahan dalam ritual mamapak etnik Rungus di Sabah

Konsep dan struktur persembahan dalam ritual mamapak etnik Rungus di Sabah. Gendang Alam, 13 (2). pp. 138-148. (2023)



Abstract

Kertas ini membincangkan konsep dan struktur persembahan ritual mamapak yang berkaitan secara langsung dengan Pesta Magahau etnik Rungus. Kehidupan harian etnik Rungus dahulu terikat dengan amalan kepercayaan tradisi, adat istiadat dan juga pantang larang yang telah diwarisi. Melaksanakan ritual mamapak sebelum mengadakan sebarang bentuk keramaian atau pesta adalah wajib dilakukan bagi tujuan keselamatan dan perlindungan mereka daripada gangguan kuasa-kuasa ghaib. Dengan demikian, perayaan hanya akan dijalankan setelah upacara ritual selesai dilaksanakan. Objektif kajian ini adalah menjelaskan konsep dan bentuk asal struktur persembahan ritual mamapak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang melibatkan kaedah perpustakaan dan kerja lapangan seperti temu bual berfokus, pemerhatian dan rakaman audio visual. Hasil pemerhatian dan analisis mendapati bahawa faktor perkembangan dan penerimaan agama Kristian dalam kalangan etnik Rungus telah mengubah kepercayaan lama dan amalan tradisional sebelumnya. Seterusnya, mengadaptasi persembahan tradisi kepada bentuk yang relevan dan sejajar dengan kehidupan semasa etnik Rungus. Sehubungan itu, kajian ini dapat menerangkan konsep dan struktur persembahan ritual mamapak etnik Rungus, dan memastikan kelestarian warisan tradisi untuk tatapan generasi Rungus seterusnya.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Sub-ethnic, Ritual mamapak, Rungus
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 28 Oct 2024 07:06
Last Modified: 28 Oct 2024 07:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item