Tarian Mongigol-Sumundai Momogun Rungus di Sabah: Analisis Konsep Persembahan Dan Ragam Gerak

Tarian Mongigol-Sumundai Momogun Rungus di Sabah: Analisis Konsep Persembahan Dan Ragam Gerak. Gendang Alam, 10 (2). ISSN 2180-1738 (2020)



Abstract

Tarian Mongigol-Sumundai merupakan tarian tradisional Momogun-Rungus yang mendiami daerah Kudat, Pitas dan sebahagian kecil di kawasan Sandakan yang terletak di bahagian pantai barat utara negeri Sabah. Tarian ini sering dipersembahkan dalam majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, sambutan Pesta Kaamatan dan Pesta Moginakan. Fokus kajian ini adalah pada konsep persembahan tarian Mongigol-Sumundai dan ragam gerak yang digunakan dalam persembahan tarian ini. Hasil pemerhatian dan analisis mendapati bahawa tarian Mongigol-Sumundai mempunyai dua konsep persembahan dan setiap konsep persembahan ini mempunyai fungsi yang berbeza. Selain itu, pengkaji juga dapat mengenal pasti 12 ragam gerak yang selalu digunakan dalam persembahan tarian Mongigol-Sumundai dan keseluruhan ragam gerak ini akan dinilai dari segi kualiti gerak menggunakan Laban Eight Effort Movement. Kajian seumpama ini penting bagi mendalami dan memahami konsep persembahan dan ragam gerak yang terkandung dalam persembahan tarian Mongigol-Sumundai.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Sub-ethnic, Rungus, Tarian Mongigol-Sumundai, Momogun-Rungus, Laban Eight Effort Movement
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 28 Oct 2024 11:48
Last Modified: 28 Oct 2024 11:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item