Representasi budaya dalam rekaan bentuk busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah. Gendang Alam, 9. pp. 1-12. ISSN 2180-1738 (2019)
Abstract
Busana tradisional etnik di Sabah adalah representasi daripada kerencaman fesyen, bentuk dan ragam hias yang menampilkan identiti dan nilai budaya. Pengaruh asimilasi budaya dan fenomena kehidupan moden yang sentiasa berubah secara tidak langsung mempengaruhi penampilan berpakaian daripada tradisional kepada kontemporari sifatnya. Pada masa kini, busana tradisional lazimnya dapat dilihat dalam majlis perkahwinan, persembahan tarian dan upacara ritual. Identiti busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Sabah dikenal pasti melalui penggunaan istilah, bentuk dan ragam hias mengikut citra dan dogma budaya. Kajian busana ini ditumpukan khusus di perkampungan masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah. Data-data kajian membantu pengkaji untuk mendokumentasi dan menganalisis elemen bentuk dan ragam hias yang menitipkan representasi identiti dan budaya dalam etnik berkenaan. Makna tentang subjek, bentuk dan ragam hias selanjutnya diperoleh melalui bentuk simbol sebagai asas penghayatan seni melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual di lapangan. Kajian ini mendapati elemen bentuk dan ragam hias busana perkahwinan adalah gambaran artistik melalui representasi budaya, adat istiadat dan alam sekeliling. Justeru, bentuk dan ragam hias busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Sabah dapat dikaitkan dengan kehidupan tipikal dan warisan budaya yang diwarisi semenjak turun-temurun.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazandusun, Sub-ethnic, Bisaya, Busana perkahwinan |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 28 Oct 2024 07:19 |
Last Modified: | 28 Oct 2024 07:19 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |