Interpretasi Bahasa Mantera Upacara Barasik Masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah

Interpretasi Bahasa Mantera Upacara Barasik Masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah. Gendang Alam, 9. ISSN 2180-1738 (2019)



Abstract

Bahasa mantera adalah satu kaedah perubatan alternatif yang digunakan oleh babalian menerusi pengucapan pantun berirama dalam upacara barasik. Ia diucapkan untuk berhubung dengan alam ghaib. Tujuannya bagi mengembalikan semangat pesakit akibat gangguan makhluk halus. Kajian dilakukan di Padas Damit, Beaufort, Sabah yang telah mengamalkan kaeadah perubatan alternatif ini pada zaman dahulu. Malim berperanan menginterpretasi kandungan mantera dan mentafsirkan maksud bahasa mantera ini bagi setiap perkataan, istilah dan ungkapan ayat. Hasil kajian mendapati mantera dalam upacara barasik menjelaskan suatu penceritaan di alam dunia dengan alam ghaib. Di alam dunia telah terbentuknya struktur sosial budaya, penggunaan bahasa dan kepercayaan bagi menjelaskan pemikiran masyarakat ini pada zaman dahulu. Artikel ini akan menjelaskan maksud bahasa yang tersirat dan tersurat di sebalik ungkapan kata-kata yang terdapat dalam mantera upacara barasik.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Sub-ethnic, Bisaya, Mantera, Barasik, Perubatan alternatif
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 28 Oct 2024 11:35
Last Modified: 28 Oct 2024 11:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item