Watak dan Nilai Positif Dalam Cerita Jenaka Etnik Peribumi Terpilih di Sabah

Watak dan Nilai Positif Dalam Cerita Jenaka Etnik Peribumi Terpilih di Sabah. Malay Literature, 36 (1). pp. 1-24. ISSN 0128-1186 (2023)



Abstract

Pewarisan sastera lisan secara tradisi menerusi pertuturan orang perseorangan atau penglipur lara bukan sekadar hiburan tetapi juga menggambarkan akal budi masyarakat terdahulu dan memiliki inti pati pengajaran yang bertujuan memberikan didikan kepada masyarakat. Kini, sastera lisan didokumentasikan, diterbitkan dan dianalisis mengikut keperluan sesuatu kajian. Sastera lisan yang berbentuk naratif, dikenali sebagai cerita rakyat mengandungi kisah binatang, cerita jenaka, hikayat dan sebagainya. Cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang dan Si Luncai sangat popular sehingga watak mereka dicitrakan dalam perspektif negatif seperti bodoh, bebal dan malang. Makalah ini membincangkan cerita jenaka etnik Brunei, Bajau Laut/Suluk dan Dusun yang terdapat di Sabah. Data daripada kajian ini diambil daripada buku Koleksi Cerita Rakyat Sabah (2019) yang diselenggarakan oleh Lokman Abdul Samad dan Suhaimi Yasin serta data cerita jenaka etnik Brunei yang telah diperoleh daripada kajian lapangan pada tahun 2012. Analisis data menggunakan teori kecerdasan emosi oleh Salovey dan Mayer (1990) bagi merungkai watak dan perwatakan menerusi cerita tersebut. Kajian mendapati bahawa cerita jenaka peribumi Sabah menemukan ciri watak dan nilai yang positif sekali gus memperbetul persepsi cerita jenaka Melayu yang sering kali memperlihatkan sifat bodoh dan malang sahaja. Oleh itu, cerita jenaka daripada pelbagai etnik juga wajar diberikan penekanan dan diajarkan di sekolah atau dibacakan kepada anak-anak untuk membentuk peribadi positif dalam kalangan mereka.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Borneo ethnic, Sabah indigenous ethnic group, Oral literature, Humorous folktales
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 28 Oct 2024 10:09
Last Modified: 28 Oct 2024 10:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item