GREEN ZONE-“Sun Power: Lighten Up Campus Life with Renewable Energy”. APS Proccedings, 10. (2024)
Abstract
Teknologi hijau merupakan inovasi dalam pelbagai bidang yang memanfaatkan sumber-sumber alam
semulajadi dan meminimakan penggunaan sumber tenaga fosil. Hasil kajian menunjukkan bahawa kelestarian alam
sekitar dan teknologi mempunyai elemen yang saling berkaitan dan dapat direalisasikan dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Sistem pemasangan solar fotovoltaik merupakan teknologi penghasilan tenaga
semulajadi melalui sumber tenaga matahari. Oleh yang demikian, projek yang dibangunkan berkaitan tentang
pemasangan sistem solar di pondok Program Teknologi Elektrik, Kolej Vokasional Tanah Merah dengan tujuan
untuk memudahkan pelajar mengakses bekalan kuasa di kawasan pondok rehat pelajar. Sistem yang dipasang
mencakupi terminal USB, soket 3 pin, serta kipas dan lampu yang dapat dikendalikan secara manual atau jarak jauh
menggunakan telefon. Projek ini dibangunkan adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar penggunaan dan
pergantungan terhadap sistem tenaga elektrik yang telah dibekalkan oleh Tenaga Nasinal Berhad (TNB). Pendekatan
penyelidikan menggunakan model ADDIE untuk menilai kesesuaian dan keberkesanan sistem ini. Hasil kajian juga,
menunjukkan implikasi termasuk meningkatkan ketersediaan dan kebolehpasaran teknologi hijau di kalangan
pelajar, sambil memberikan kesempatan untuk mempraktikkan konsep kelestarian tenaga dalam kehidupan harian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sistem solar, Teknologi Hijau, Pemasangan sistem solar |
Taxonomy: | By Niche > Solar > Solar Energy By Niche > Solar > Solar Energy > Industrial Applications By Niche > Solar > Solar Energy > Industries |
Local Content Hub: | Niche > Solar |
Depositing User: | Alias Manap |
Date Deposited: | 12 Nov 2024 09:03 |
Last Modified: | 12 Nov 2024 09:03 |
Actions (login required)
View Item |